Peri-Peri Chicken

Assalammualaikum..lama rasanya i tak update blog.. bukan malas tp si kecil i tak sihat doktor sah kan dia menghidapi pnuemonia. 6 hari i jaga dia di hopital KPJ. Final exam pun i terpaksa tangguh ke semester depan. Keluar je hospital dia demam pulak. Macam-macam dugaan dari yang Maha Esa buat kami dan kami redha.

Rasanya tak perlulah i cerita panjangkan...entry kali ni i nak berkongsi resepi Peri-Peri Chicken. Bukan ape da muak makan makanan hospital, lagi pun kesian encik hubby asyik makan kat mamak je selama i di hospital hehe..




Bahan-bahan
2 keping peha ayam (saiz ayam yg dipotong 6)
Sos Peri-Peri
5-6 Ulas cili padi merah yang dibuang tangkai
½  Biji lada capsicum hijau (lada benggala)
5 Ulas bawang putih
¼ Cawan olive oil (bole guna sunflower oil or vegetable oil)
½ Cawan apple vinegar
1½  Sudu besar  serbuk cayenne / paprika
2 Sudu besar Oregano
1- Sudu kecil garam
6 Sudu besar sirap gula melaka


Cara-Cara
Potong cili padi, lada capsicum dan bawang putih tak perlu halus. Masukkan  minyak  kedalam periuk yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan kesemua bahan yang dipotong dan masak untuk seketika sehingga ia lembut.
Setelah itu, masukkan cuka dan kesemua bahan yang lain kacau hingga sebati dan biarkan menggelegak seketika . Imbangi rasa pedas, masam, manis dan masin. Jika terlalu pedas dan masam boleh tambahkan sirap gula Melaka. Sukatan yang i bagi rasanya sudah cukup untuk mengimbangi semua rasa tak perlu ditambah lg tapi terpulanglah.  Padam api dan biarkan sejuk.
Setelah itu tuangkan sos tadi kedalam pengisar dan kisar hingga halus.
Gunakan sebahagian dari sos tadi untuk dilumurkan pada ayam. Perap ayam paling  kurang 2 jam atau semalam didalam peti sejuk.
Akhir skali panaskan oven pada suhu 150c – 200c dan masak selama 30-40 minit. Atau masak guna pemanggang selama 30-40 minit.




Setelah masak susun dalam pinggan dan tuangkan baki sos peri-peri tadi ke atas ayam.
Enak di makan bersama coleslaw dan mash potatao

Mash Potato

Assalammualiakum...

Resepi mash potato ni i ambil dr internet da lama tak ingat pun blog mana.. i nak share dgn u all mmg sedap cuba la..


Bahan-bahan
2 Biji ubi kentang (i guna US potato sebab cepat empuk bila di rebus)
2 Ulas bawang putih yang dipotong dadu
1 Sudu besar olive oil
3 Sudu besar butter
1/2 cawan heavy cream
2 sudu besar daun parsley kering
sedikit garam



Cara-cara
Cuci ubi kentang bersih-bersih, panaskan 5cawan air dalam periuk sehingga medidih masukkan ubi kentang rebus sehingga empuk.
setelah itu biarkan sejuk dan siat kulit kentang dan potong kepada 8 bahagian.
Ambil tapis (penapis air) letakkan manggkuk dibawahnya. Masukkan  kentang didalammya dan lenyekkan menggunakan senduk. (dengan cara ini ubi kentang menjadi lebih halus teksturnya.)
Panaskan kuali bersama olive oil, masukkan bawang puting goreng hingga kekuningan kemudian masukkan butter, heavy cream dan ubi kentang. kacau sebati letakkan garam dan daun parsley.



Coleslaw


Assalammualaikum.. harini i nak share resepi coleslaw yang sedap..

Bahan-bahan
¼  Kubis saiz sederhana yang di hiris halus
½  Lobak merah yang dihiris halus atau disagat
½ Cawan mayonnaise
2 Sudu besar apple cider vinegar
½ biji telur rebus yang dicincang halus
½ Sudu kecil olive oil
Sedikit garam



Cara-cara
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama ayam panggang.


Five Spice Roasted Chicken With Chicken Rice

assalammualaikum...masak pe? lepas i cuba resepi ayam panggang cajun dan ayam panggang rosemary dr kak nor i trus addicted nk memanggang lg hehe..
Kali ni i buat Five Spice Roasted Chicken yang dimakan bersama nasi ayam. Taksangka plak hubby suke siap tanya "masak bape keping?"  Ermm mcm tak cukup je kan bunyinya nk kena buat lg la tu.. hihi..

Resepi ni i share tuk kawan2 yg duk bertanyakan resepinya di facebook.. bukan i tak mo update kt facebook tp panjang naa..




Bahan-Bahan
2 keping ayam (saiz 1 ekor ayam yg dipotong 6 bahagian)
Bahan Perap
1 inci halia ditumbuk halus
3 ulas bwg putih ditumbuk halus
2 sudu besar perahan jus lemon
 ½  Sudu besar minyak Canola (i used sunflower seed oil sbb mls ke kedai)
½ sudu besar minyak bijan ( i xguna sbb xde so i gandakan  sunflower seed oil menjadi 1 sudu)
1½  sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat ( i guna kicap mee cap tamin)
1 sudu besar  dry sherry (wine) -(gila mungkin i nak guna wine hehe..  i ganti dgn white grape sparkling juice kalo xpun u all bole guna cuka beras (rice vinegar)  or orange juice or pineapple juice)
1 sudu besar  5 spice powder (bole beli di supermarket atau u bole buat sendiri)


Bahan Sos
*(tak perlu buat jika ingin mkn begitu sahaja- i buat sbb i mkn dgn nasi ayam)
1/2 Cwn  kicap cair
1/4 Cwn dry sherry (wine) -( i ganti dgn white grape sparkling juice kalo xpun u all bole guna cuka beras (rice vinegar)  or orange juice or pineapple juice)
1 sudu besar minyak bijan ( 1 guna  sunflower oil)
1 sudu bear perahan Jus Lemon)
1/2  inci halia ditumbuk halus
3 ulas bwg putih ditumbuk halus
Daun Bawang yg dipotong halus (optional) 


Bahan untuk nasi ayam
1 pot beras basmathi  yg dicuci bersih (i guna beras biasa je)
1½ cwn  air rebusan ayam
Sedikit garam
1 helai daun pandan
1 ulas bwg putih xplu buang kulit yang dibasuh bersih dan ditumbuk pecah
½  inci halia ditumbuk pecah
1 biji bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
½ inci kulit kayu manis
1 sudu butter



Cara-cara
       1.            Campurkan kesemua bahan-bahan perap kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
       2.            Kemudian Lumurkan campuran tersebut pada ayam , taburkan secubit five spice powder ke atas ayam dan simpan dalam plastic zip or bekas bertutup  dan biarkan  didalam peti sejuk selama 1 jam.
       3.            Panaskan oven 180c – 200c masukkan ayam dalam tray yang dilapis dgn aluminium foil dan bakar selama 35-45minit or hingga masak( i bakar 35 min je sbb oven i panas lgpun i tak suka kalo ayam tu terlalu kering)
       4.            Sementara itu   bole la sediakan sos. Campurkan kesemua bahan sos kedalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tutup api
       5.            Untuk nasi : panaskan periuk  bersama butter dan tumis kesemua bahan sehingga naik bau masukkan beras dan air. Masak seperti biasa








Bagaimana menyediakan Chinese Five spice


Entry kali nie i xmo cite panjang2. i cuma nk ajar u all sediakan chinese five spice...
Bahan-bahan untuk Chinese Five Spice Powder:
1/2 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil  serbuk kayu manis
1 sudu  besar jintan putih
kira-kira 8 bunga lawang
2 sudu besar lada Szechuan 

Cara Penyediaan: 
Goreng kesemua bahan kecuali serbuk kayu manis didalam kuali tanpa minyak dengan api yg kecil sehingga kekuningan hati2 jangan sampai hangus.
Kemudian Blender kering kesemua bahan td dan campurkan dengan serbuk kayu manis.
Dah siap...
 Senag kan?? Kalo u nak lagi senang u bole beli jeyang da siap kt giant or tesco.


pic nie i ambil dr google

Ayam Panggang Cajun

Assalammualaikum .... sebenarnye.. da beberapa hari i masak ayam panggang ni tp arini br nk upload.. Bila tgk resepi Kak nor terliur rasanya.. kalo kak nor ade kek kukus coklat keju versi derhaka i plak ade ayam panggang ber Cajun versi derhaka.. ampun ye kak nor i ubah sikit ikut tekak i. bukan ape i mmg suka bawang putih n halia lebih hehe.. ni resepi org so xyah la i cite lebih2 ekk
 ni resepi versi i.

Sumber : Kak nor
Resepi versi derhaka: Aidafarha

* peringatan: sukatan bahan-bahan i ubah sebab ikut tekak i, so kalo sape yg nak resepi asal leh visit blog kak nor ye..(ya. ampun kak nor)

Bahan A:
4 keping ayam (ayam i kecik2) 
carrot n brocolli ( i letak brocolli sbb kentang da abis malas nk kuar p kedai masak je ape yg ade hehe)
Bahan B:
6 ulas bawang putih ~
ditumbuk (kak nor bubuh 3 je i bubuh lebih sebab i suka)
1 inci halia ~ ditumbuk ( kak nor bubuh 1/2 inci je)
3 sudu besar cajun
21/2 sudu besar madu
1/2 - 1 sudu kecil garam (agak2 la ye)
2 sudu besar sos tiram - ( kak nor x bubuh i ikut tekak i je hehehe)
2 sudu besar italian herbs
2 sudu besar extra virgin olive oil


Kesimpulannya sukatan i mmg lebih dr kak nor ye la da namanya derhaka kan...hehe.. byk ckp plak i ni... jom kita tgk cara-caranya

Cara :
Ayam yg dah dipotong, dibersihkan dan toskan airnya.
Potong carrot n brocolli, kemudian rebus setengah masak. Ketepikan.
Gaul kesemua Bahan B hingga sebati dan lumur pada bahan A dan perap dalam bekas bertutup (i guna aluminium foill) 
perap paling kurang 1 jam (dalam peti ais).


Panaskan oven dan bakar ayam pada suhu 180-200c 
Susun atur ayam atas tray yg dialas dengan aluminium foil.
Bakar ayam selama 30min.
Keluarkan tray dan asingkan jus yg keluar dari ayam tadi ke dalam periuk kecil.
Letakkan pula carrot, kentang dan brocolli bersama ayam 
then panggang lg 15-20min or hingga masak. (bergantung pada oven ade oven suhu 180c tu mmg panas sgt mcm oven saya)
Sementara itu, lebihan rempah yg digaul pada bahan A dimasukkan sekali dalam periuk berisi jus bakaran ayam tadi dan panaskan sehingga sedikit pekat.
kalo suka susun salad n tomato dalam pinggan  then  susun ayam  carrot dan brocolli kemudian tuang jus lebihan ayam yg dimasak tadi keatas ayam.

terima kasih ye kak nor atas resepi maaf ye.. i ubah...

Saya budak baru belajar

Assalammualaikum... da lama tak update blog ...al maklumlah  bz menyiapkan assignment.  Due date 10hb  march terkial-kial gak la menyiapkan..hehe.. dua assignment pulak tu.. macroeconomy n business law..huhh!!.. yela dr sekolah asyik belajar sains je pastu smbg diploma sains comp ni tetiba amik accounting pe hal?? haha..amik ko kan da kena blajar law n ekonomi..

sebenarnya bukan nk citer pasal tu...i just nk update ingat tak 2nd entry dulu i ade ckp pasal azam ??..erm.. skang ni i tengah dalam usaha untuk menyempurnakan azam i tu la.. hehe... i buat mcm kura-kura lambat skit sbb kena bahagikan masa tuk danny boy yang da makin besar dan sudah mula belajar so memerlukan perhatian yg lebih dari i, study, assignment, mengemas rumah lg..blabla...membebel plak kan hehe..

so ni la hasil kura-kura yg baru belajar hehe..
Baru belajar menyulam..ni le hasilnya

ni pula bunga roset yg i buat time majlis bersanding adik ipar ni untuk belah lelaki

huhu...yang ni i buat untuk belah pengantin perempuan

yang ni saje2..buruk giler..xjadi sgt tangan pengkau..hehe
Susah juga sbb i ni bukan jenis yang penyabar...bukan ape xsabar nk tgk hasil hehe tp wat mcm kura-kura hehe...selain dr blajar melalui buku yang i beli, i juga refer kt blog tuan yang menulis buku tu tak lain tak bukan Kak Ann. Bagus Kak Ann ni dia bukan saje berbakat tp tak kedekut ilmu. I pun nk jadi macam dia huuhu..tp buat masa ni i blom bole jd sifu nk bagi tutorial sbb i pun refer kat blog Kak Ann hehe.. kalo ade sape yg teringin nak belajar pasal sulaman reben ni boleh la visit blog Kak Ann. or dapat kan buku2 dia, Suzana Mustafa.. I teringin gak nak join bengkel yang dianjurkan tp dengan anak kecil yang masih menyusu badan mana mungkin i pergi kan.. takpe la mungkin bila ade peluang dan kesempatan i akan join.

Puding Roti (Bakar) Bersama Sos Kastad

Hi..ingat lg tak entry sblum ni i ade bg tau i ngidam nk makan puding roti yg dibakar?..Hurm.. Pagi sabtu lepas i da pun wat puding roti tu..hehe....


Actually lepas kenduri kawin anak jiran depan umah...i kena balik kg petang tu sebab esoknya anak kak ngah i yg 2nd engage. Hubby i tak ikut balik coz dia standby.. keje le kiranya tu wpun keja dr umah kan. Oleh kerana i kesian kt dia dan sbg tanda terima kasih sbb dia benarkan i balik kg..i buatkan puding roti untuk hubby...hehe...kipas jgn tak kipas...
       Bukan ape sambil2 dia wat keja and reply email tu bole le dia makan2 tul tak? huhu... So pagi2 lg i da prepare semua bahan2 tuk buat puding roti...Resepi asal i ambil dr blog Hana's Family.


Bahan-bahan Puding Roti
Bahan A
8-9 keping roti
* 500 ml susu segar
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter - cairkan
2 sudu besar kismis
2 sudu besar dark chocolate chips
2 sudu besar white chocolate chips
2 sudu besar oat
1 sudu tepung jagung
Bahan B
1 sudu besar kismis
1 sudu besar Cranberries kering (I letak sebab nak habiskan saki-baki yang ade dlm peti sejuk)
1 sudu besar dark chocolate chips
1 sudu besar white chocolate chips
1 sudu besar almond cincang

Untuk Sos Kastard
1/2 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
1 1/2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus


Cara-cara
Satukan bahan-bahan yang bertanda * kedalam mangkuk kacau sebati. Kemudian  koyak-koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan roti terendam seketika agar bahan-bahan td meresap pada roti.
Masukkan kismis, chocolate chips dan butter cair ke dalam mangkuk td. Gaul sebati semua bahan A tersebut dengan spatula. Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter. Setelah itu taburkan bahan B diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit (Ikut la oven masing-masing ye, i bakar pada suhu 150 C sbb 180 C nt hangus)
Sementara menunggu puding masak bole la sediakan sos kastad. Mudah je campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan sos kastad ni  terserah pada selera masing2. Owh lupa plak.. dalam resepi Hana dia guna 1 tin susu tp i cuma guna separuh sbb mcm banyak je..hehe..tp kalo ade yg suka bole la buat satu tin.
Sekadar mengingatkan: kepada yang menggunakan periuk vision or arcopal  gunakan api yg kecil dan sentiasa la kacau ye.. nt takut hangus n berkerak plak  dasar periuk tu hehe.. periuk jenis tu cepat meruap.
Bila puding da masak biarkan sejuk kemudian simpan seketika dalam peti sejuk baru sedap dia makan..


Selamat mencuba!!!!


Puding roti - kukus

I asyik mengidam nk makan puding roti yang bakar..resepi dah ade tp tak finalize lg...nt la bila rajin i akan buat insyaallah...tp hari i nk share resepi puding roti kukus. Resepi ni simple je untuk disediakan...
Da lama i buat puding roti ni tp br skang nk share sbb i tak berani nk bg resepi sebarang kalo i tak cuba 2-3kali dulu hehe..
Resepi ni i ambil dr internet, da lama sgt so tak ingat dr mana tp resepi nie i ade ubah sikit supaya jd lebih sedap...


Bahan-bahannya
1tin susu cair ( i guna susu ideal sbb xmanis cuma lemak berkrim)
5-6 keping roti yg siap di sapu butter kedua2 belah ( kalo nk senang beli je roti butter scotch)
5-6 sudu gula ( tp rasa2 la ye bg yg xberapa suka manis tu..bole kurangkan)
2biji telur
1sudu kecil esen vanila
Kismis atau cranberry (ikut suka nk banyak mana tp kalo da guna roti butter scotch xperlu la kot)
1/2 biji Buah plum yg dihiris nipis (kalo xsuka bole letak ceri, strawberry, pisang or ape2 buah).

Cara-caranya 
pecahkan telur, masukkan susu, gula dan esen vanila..kacau hingga sebati guna senduk je.
Potong roti kpd 4 bahagian dan susun dlm tray.
Kemudian tuangkan bancuhan td kedalam tray berisi roti dan taburkan kismis serta buah plum td.
Kukus selama 30minit.
Kemudian simpan didalam peti sejuk.
Selamat mencuba!! 

Tumit pecah waa..



Since pregnant tumit i mula pecah2... sgt teruk.. malu rasanya bila berjalan kalo org tgk tumit i mcm nenek2..... da mcm2 i cuba buat supaya tumit i kembali mcm dulu.

Satu hari i tgh sapu toner kt muka..then sapu pelembab...tah dr mana dtgnye idea giler i sapu toner kt tumit then i gosok2 guna  sponge yg slalu org guna utk  pedicure tu..
after 5minit  i sapu pelembab muka kt kaki..lepas sapu nampak la perubahannya xla seteruk sblum tu..
Dlm hati i ckp... " hurm..ok gak kan". So i decide tuk terus wat mcm untill skang da hampir 5bulan..
tumit i da semakin cantik skit la..hehehe..



ni la rupe sponge tu

Nt la bila tumit i da betul2 cantik i upload pic tumit i ekk hahaha...

owh ayam penyet

Ini kali ke 3 i buat ayam penyet..sebelum ni dgn nasi skali.. kali ni i buat ayam je...tuk  mkn ngan lauk rebung msk lomak cili padi hehe...saje nk mengabihkan ayam dlm peti sejuk tu ade 5keping je huhu..

cam biasa la hubby kalo mkn ayam mesti habis punye...heehe..
resepi ni i ambil dr blogresipi....bahannya2 sama ape yg ade dr .blogresipi.com cuma 
ayam yg i ade xbanyak so i tukar sukatan rempah mengikut sukatan yg kecil. 

Bahan2
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (ayam yg i ade cuma 5 keping hehe..)
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup dan msk nasi)- i tak rebus ayam sbb i tak buat nasi ayam..
1 sudu besar (sudu kecil) Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar (sudu kecil) Serbuk Kunyit
½ sudu besar (sudu kecil) Serbuk Lada Putih
1 sudu kecil Garam (ikut rasa)
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
-tp bawang putih n halia i ikut sukatan yg sama spt dlm resepi asal...

bahan2 yang perlu digoreng tanpa minyak sehingga naik bau - hati2 jgn hangus plak ye..
½ sudu besar (sudu kecil) Jintan Manis
½ sudu besar (sudu kecil)) Jintan Putih             
3 sudu besar (sudu kecil) Ketumbar
Sedikit Air - i tak letak air sbb ayam tu basah so i terus golekkan je
Minyak masak untuk menggoreng.
Cara2
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
- i kisar rempah guna pengisar kering utk halia n bawabg putih i tumbuk je guna lesung hingga halus.

Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman, kemudian golek-golekkann pada tepung beras..- i tak berape suka kalo digolek ngan tepung beras, i biar mcm tu je lg sedap.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

kalo ade yg berminat nk menerai bole la ambil resepi penuh di blogresipi.com  .
selamat mencuba !!! mmg berbaloi.. bak kata anak i danny  "papa...adap"..
owh btw pic yg kt bwh ni  my1st attempt  nasi ayam penyet... time nie i tgh rajin siap wat puding cocktail lg u...hehe..

Azam owh azam

Setiap kali menjelang tahun baru mesti sume org ade azam ekk.. i pun same lah gak..hehe.. kunun2 azam i tahun ni nk mulakan projek2 menjahit itu ini...menyulam bagai..yg i da lama tglkan since i pregnant... maklumla.. huhu muntah2 sampai lembik badan.. da kt labor room pun muntah lg hehe...tp dr tahun lepas sampai skang xgak mula2 lg...sbb danny pun nk join skali takut plak kang tercucuk jarum..

so sepanjang tahun 2012 i asyik membeli je buku2 jahitan n sulaman tuk koleksi.....banyak giler kan tp malangnye xleh claim tax..sbb hubby da claim maximum..utk life insurans..
harap2 azam i tercapai la ekk...


2013 tahun yang mencabar

Rasanya blom terlambat untuk i ucap slmt tahun baru!!!  tahun ni mmg mencabar sesangat sebab anak bujang i da semakin membesar dan semakin lasak... waa... dgn study lg...assignment melambak tak buat lg... then adik ipar i nk kawin februari ni..mcm2 i kena buat..tolong jahitkan manik untuk selendang nikah bakal wife dia..merangkap beras i..oops biras.. huhu..siapkan goodies bag..buatkan bunga roset untuk family dua belah pihak sbb diaorang wat kenduri skali...senangkan xpayah pening2 leh jimat budget hehe.. tp kepala i yg pening hahaha..

apepun i harap tahun ni membawa seribu rahmat pada kami sekeluarga dengan kehadiran ahli keluarga baru dlm famili.. alamak anak bujang i da bangun nt kita sambung story mory ekk .. daa..