Peri-Peri Chicken

Assalammualaikum..lama rasanya i tak update blog.. bukan malas tp si kecil i tak sihat doktor sah kan dia menghidapi pnuemonia. 6 hari i jaga dia di hopital KPJ. Final exam pun i terpaksa tangguh ke semester depan. Keluar je hospital dia demam pulak. Macam-macam dugaan dari yang Maha Esa buat kami dan kami redha.

Rasanya tak perlulah i cerita panjangkan...entry kali ni i nak berkongsi resepi Peri-Peri Chicken. Bukan ape da muak makan makanan hospital, lagi pun kesian encik hubby asyik makan kat mamak je selama i di hospital hehe..




Bahan-bahan
2 keping peha ayam (saiz ayam yg dipotong 6)
Sos Peri-Peri
5-6 Ulas cili padi merah yang dibuang tangkai
½  Biji lada capsicum hijau (lada benggala)
5 Ulas bawang putih
¼ Cawan olive oil (bole guna sunflower oil or vegetable oil)
½ Cawan apple vinegar
1½  Sudu besar  serbuk cayenne / paprika
2 Sudu besar Oregano
1- Sudu kecil garam
6 Sudu besar sirap gula melaka


Cara-Cara
Potong cili padi, lada capsicum dan bawang putih tak perlu halus. Masukkan  minyak  kedalam periuk yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan kesemua bahan yang dipotong dan masak untuk seketika sehingga ia lembut.
Setelah itu, masukkan cuka dan kesemua bahan yang lain kacau hingga sebati dan biarkan menggelegak seketika . Imbangi rasa pedas, masam, manis dan masin. Jika terlalu pedas dan masam boleh tambahkan sirap gula Melaka. Sukatan yang i bagi rasanya sudah cukup untuk mengimbangi semua rasa tak perlu ditambah lg tapi terpulanglah.  Padam api dan biarkan sejuk.
Setelah itu tuangkan sos tadi kedalam pengisar dan kisar hingga halus.
Gunakan sebahagian dari sos tadi untuk dilumurkan pada ayam. Perap ayam paling  kurang 2 jam atau semalam didalam peti sejuk.
Akhir skali panaskan oven pada suhu 150c – 200c dan masak selama 30-40 minit. Atau masak guna pemanggang selama 30-40 minit.




Setelah masak susun dalam pinggan dan tuangkan baki sos peri-peri tadi ke atas ayam.
Enak di makan bersama coleslaw dan mash potatao

Mash Potato

Assalammualiakum...

Resepi mash potato ni i ambil dr internet da lama tak ingat pun blog mana.. i nak share dgn u all mmg sedap cuba la..


Bahan-bahan
2 Biji ubi kentang (i guna US potato sebab cepat empuk bila di rebus)
2 Ulas bawang putih yang dipotong dadu
1 Sudu besar olive oil
3 Sudu besar butter
1/2 cawan heavy cream
2 sudu besar daun parsley kering
sedikit garam



Cara-cara
Cuci ubi kentang bersih-bersih, panaskan 5cawan air dalam periuk sehingga medidih masukkan ubi kentang rebus sehingga empuk.
setelah itu biarkan sejuk dan siat kulit kentang dan potong kepada 8 bahagian.
Ambil tapis (penapis air) letakkan manggkuk dibawahnya. Masukkan  kentang didalammya dan lenyekkan menggunakan senduk. (dengan cara ini ubi kentang menjadi lebih halus teksturnya.)
Panaskan kuali bersama olive oil, masukkan bawang puting goreng hingga kekuningan kemudian masukkan butter, heavy cream dan ubi kentang. kacau sebati letakkan garam dan daun parsley.



Coleslaw


Assalammualaikum.. harini i nak share resepi coleslaw yang sedap..

Bahan-bahan
¼  Kubis saiz sederhana yang di hiris halus
½  Lobak merah yang dihiris halus atau disagat
½ Cawan mayonnaise
2 Sudu besar apple cider vinegar
½ biji telur rebus yang dicincang halus
½ Sudu kecil olive oil
Sedikit garam



Cara-cara
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama ayam panggang.


Five Spice Roasted Chicken With Chicken Rice

assalammualaikum...masak pe? lepas i cuba resepi ayam panggang cajun dan ayam panggang rosemary dr kak nor i trus addicted nk memanggang lg hehe..
Kali ni i buat Five Spice Roasted Chicken yang dimakan bersama nasi ayam. Taksangka plak hubby suke siap tanya "masak bape keping?"  Ermm mcm tak cukup je kan bunyinya nk kena buat lg la tu.. hihi..

Resepi ni i share tuk kawan2 yg duk bertanyakan resepinya di facebook.. bukan i tak mo update kt facebook tp panjang naa..




Bahan-Bahan
2 keping ayam (saiz 1 ekor ayam yg dipotong 6 bahagian)
Bahan Perap
1 inci halia ditumbuk halus
3 ulas bwg putih ditumbuk halus
2 sudu besar perahan jus lemon
 ½  Sudu besar minyak Canola (i used sunflower seed oil sbb mls ke kedai)
½ sudu besar minyak bijan ( i xguna sbb xde so i gandakan  sunflower seed oil menjadi 1 sudu)
1½  sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat ( i guna kicap mee cap tamin)
1 sudu besar  dry sherry (wine) -(gila mungkin i nak guna wine hehe..  i ganti dgn white grape sparkling juice kalo xpun u all bole guna cuka beras (rice vinegar)  or orange juice or pineapple juice)
1 sudu besar  5 spice powder (bole beli di supermarket atau u bole buat sendiri)


Bahan Sos
*(tak perlu buat jika ingin mkn begitu sahaja- i buat sbb i mkn dgn nasi ayam)
1/2 Cwn  kicap cair
1/4 Cwn dry sherry (wine) -( i ganti dgn white grape sparkling juice kalo xpun u all bole guna cuka beras (rice vinegar)  or orange juice or pineapple juice)
1 sudu besar minyak bijan ( 1 guna  sunflower oil)
1 sudu bear perahan Jus Lemon)
1/2  inci halia ditumbuk halus
3 ulas bwg putih ditumbuk halus
Daun Bawang yg dipotong halus (optional) 


Bahan untuk nasi ayam
1 pot beras basmathi  yg dicuci bersih (i guna beras biasa je)
1½ cwn  air rebusan ayam
Sedikit garam
1 helai daun pandan
1 ulas bwg putih xplu buang kulit yang dibasuh bersih dan ditumbuk pecah
½  inci halia ditumbuk pecah
1 biji bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
½ inci kulit kayu manis
1 sudu butter



Cara-cara
       1.            Campurkan kesemua bahan-bahan perap kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
       2.            Kemudian Lumurkan campuran tersebut pada ayam , taburkan secubit five spice powder ke atas ayam dan simpan dalam plastic zip or bekas bertutup  dan biarkan  didalam peti sejuk selama 1 jam.
       3.            Panaskan oven 180c – 200c masukkan ayam dalam tray yang dilapis dgn aluminium foil dan bakar selama 35-45minit or hingga masak( i bakar 35 min je sbb oven i panas lgpun i tak suka kalo ayam tu terlalu kering)
       4.            Sementara itu   bole la sediakan sos. Campurkan kesemua bahan sos kedalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tutup api
       5.            Untuk nasi : panaskan periuk  bersama butter dan tumis kesemua bahan sehingga naik bau masukkan beras dan air. Masak seperti biasa








Bagaimana menyediakan Chinese Five spice


Entry kali nie i xmo cite panjang2. i cuma nk ajar u all sediakan chinese five spice...
Bahan-bahan untuk Chinese Five Spice Powder:
1/2 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil  serbuk kayu manis
1 sudu  besar jintan putih
kira-kira 8 bunga lawang
2 sudu besar lada Szechuan 

Cara Penyediaan: 
Goreng kesemua bahan kecuali serbuk kayu manis didalam kuali tanpa minyak dengan api yg kecil sehingga kekuningan hati2 jangan sampai hangus.
Kemudian Blender kering kesemua bahan td dan campurkan dengan serbuk kayu manis.
Dah siap...
 Senag kan?? Kalo u nak lagi senang u bole beli jeyang da siap kt giant or tesco.


pic nie i ambil dr google

Ayam Panggang Cajun

Assalammualaikum .... sebenarnye.. da beberapa hari i masak ayam panggang ni tp arini br nk upload.. Bila tgk resepi Kak nor terliur rasanya.. kalo kak nor ade kek kukus coklat keju versi derhaka i plak ade ayam panggang ber Cajun versi derhaka.. ampun ye kak nor i ubah sikit ikut tekak i. bukan ape i mmg suka bawang putih n halia lebih hehe.. ni resepi org so xyah la i cite lebih2 ekk
 ni resepi versi i.

Sumber : Kak nor
Resepi versi derhaka: Aidafarha

* peringatan: sukatan bahan-bahan i ubah sebab ikut tekak i, so kalo sape yg nak resepi asal leh visit blog kak nor ye..(ya. ampun kak nor)

Bahan A:
4 keping ayam (ayam i kecik2) 
carrot n brocolli ( i letak brocolli sbb kentang da abis malas nk kuar p kedai masak je ape yg ade hehe)
Bahan B:
6 ulas bawang putih ~
ditumbuk (kak nor bubuh 3 je i bubuh lebih sebab i suka)
1 inci halia ~ ditumbuk ( kak nor bubuh 1/2 inci je)
3 sudu besar cajun
21/2 sudu besar madu
1/2 - 1 sudu kecil garam (agak2 la ye)
2 sudu besar sos tiram - ( kak nor x bubuh i ikut tekak i je hehehe)
2 sudu besar italian herbs
2 sudu besar extra virgin olive oil


Kesimpulannya sukatan i mmg lebih dr kak nor ye la da namanya derhaka kan...hehe.. byk ckp plak i ni... jom kita tgk cara-caranya

Cara :
Ayam yg dah dipotong, dibersihkan dan toskan airnya.
Potong carrot n brocolli, kemudian rebus setengah masak. Ketepikan.
Gaul kesemua Bahan B hingga sebati dan lumur pada bahan A dan perap dalam bekas bertutup (i guna aluminium foill) 
perap paling kurang 1 jam (dalam peti ais).


Panaskan oven dan bakar ayam pada suhu 180-200c 
Susun atur ayam atas tray yg dialas dengan aluminium foil.
Bakar ayam selama 30min.
Keluarkan tray dan asingkan jus yg keluar dari ayam tadi ke dalam periuk kecil.
Letakkan pula carrot, kentang dan brocolli bersama ayam 
then panggang lg 15-20min or hingga masak. (bergantung pada oven ade oven suhu 180c tu mmg panas sgt mcm oven saya)
Sementara itu, lebihan rempah yg digaul pada bahan A dimasukkan sekali dalam periuk berisi jus bakaran ayam tadi dan panaskan sehingga sedikit pekat.
kalo suka susun salad n tomato dalam pinggan  then  susun ayam  carrot dan brocolli kemudian tuang jus lebihan ayam yg dimasak tadi keatas ayam.

terima kasih ye kak nor atas resepi maaf ye.. i ubah...

Saya budak baru belajar

Assalammualaikum... da lama tak update blog ...al maklumlah  bz menyiapkan assignment.  Due date 10hb  march terkial-kial gak la menyiapkan..hehe.. dua assignment pulak tu.. macroeconomy n business law..huhh!!.. yela dr sekolah asyik belajar sains je pastu smbg diploma sains comp ni tetiba amik accounting pe hal?? haha..amik ko kan da kena blajar law n ekonomi..

sebenarnya bukan nk citer pasal tu...i just nk update ingat tak 2nd entry dulu i ade ckp pasal azam ??..erm.. skang ni i tengah dalam usaha untuk menyempurnakan azam i tu la.. hehe... i buat mcm kura-kura lambat skit sbb kena bahagikan masa tuk danny boy yang da makin besar dan sudah mula belajar so memerlukan perhatian yg lebih dari i, study, assignment, mengemas rumah lg..blabla...membebel plak kan hehe..

so ni la hasil kura-kura yg baru belajar hehe..
Baru belajar menyulam..ni le hasilnya

ni pula bunga roset yg i buat time majlis bersanding adik ipar ni untuk belah lelaki

huhu...yang ni i buat untuk belah pengantin perempuan

yang ni saje2..buruk giler..xjadi sgt tangan pengkau..hehe
Susah juga sbb i ni bukan jenis yang penyabar...bukan ape xsabar nk tgk hasil hehe tp wat mcm kura-kura hehe...selain dr blajar melalui buku yang i beli, i juga refer kt blog tuan yang menulis buku tu tak lain tak bukan Kak Ann. Bagus Kak Ann ni dia bukan saje berbakat tp tak kedekut ilmu. I pun nk jadi macam dia huuhu..tp buat masa ni i blom bole jd sifu nk bagi tutorial sbb i pun refer kat blog Kak Ann hehe.. kalo ade sape yg teringin nak belajar pasal sulaman reben ni boleh la visit blog Kak Ann. or dapat kan buku2 dia, Suzana Mustafa.. I teringin gak nak join bengkel yang dianjurkan tp dengan anak kecil yang masih menyusu badan mana mungkin i pergi kan.. takpe la mungkin bila ade peluang dan kesempatan i akan join.