Peri-Peri Chicken

Assalammualaikum..lama rasanya i tak update blog.. bukan malas tp si kecil i tak sihat doktor sah kan dia menghidapi pnuemonia. 6 hari i jaga dia di hopital KPJ. Final exam pun i terpaksa tangguh ke semester depan. Keluar je hospital dia demam pulak. Macam-macam dugaan dari yang Maha Esa buat kami dan kami redha.

Rasanya tak perlulah i cerita panjangkan...entry kali ni i nak berkongsi resepi Peri-Peri Chicken. Bukan ape da muak makan makanan hospital, lagi pun kesian encik hubby asyik makan kat mamak je selama i di hospital hehe..




Bahan-bahan
2 keping peha ayam (saiz ayam yg dipotong 6)
Sos Peri-Peri
5-6 Ulas cili padi merah yang dibuang tangkai
½  Biji lada capsicum hijau (lada benggala)
5 Ulas bawang putih
¼ Cawan olive oil (bole guna sunflower oil or vegetable oil)
½ Cawan apple vinegar
1½  Sudu besar  serbuk cayenne / paprika
2 Sudu besar Oregano
1- Sudu kecil garam
6 Sudu besar sirap gula melaka


Cara-Cara
Potong cili padi, lada capsicum dan bawang putih tak perlu halus. Masukkan  minyak  kedalam periuk yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan kesemua bahan yang dipotong dan masak untuk seketika sehingga ia lembut.
Setelah itu, masukkan cuka dan kesemua bahan yang lain kacau hingga sebati dan biarkan menggelegak seketika . Imbangi rasa pedas, masam, manis dan masin. Jika terlalu pedas dan masam boleh tambahkan sirap gula Melaka. Sukatan yang i bagi rasanya sudah cukup untuk mengimbangi semua rasa tak perlu ditambah lg tapi terpulanglah.  Padam api dan biarkan sejuk.
Setelah itu tuangkan sos tadi kedalam pengisar dan kisar hingga halus.
Gunakan sebahagian dari sos tadi untuk dilumurkan pada ayam. Perap ayam paling  kurang 2 jam atau semalam didalam peti sejuk.
Akhir skali panaskan oven pada suhu 150c – 200c dan masak selama 30-40 minit. Atau masak guna pemanggang selama 30-40 minit.




Setelah masak susun dalam pinggan dan tuangkan baki sos peri-peri tadi ke atas ayam.
Enak di makan bersama coleslaw dan mash potatao

Mash Potato

Assalammualiakum...

Resepi mash potato ni i ambil dr internet da lama tak ingat pun blog mana.. i nak share dgn u all mmg sedap cuba la..


Bahan-bahan
2 Biji ubi kentang (i guna US potato sebab cepat empuk bila di rebus)
2 Ulas bawang putih yang dipotong dadu
1 Sudu besar olive oil
3 Sudu besar butter
1/2 cawan heavy cream
2 sudu besar daun parsley kering
sedikit garam



Cara-cara
Cuci ubi kentang bersih-bersih, panaskan 5cawan air dalam periuk sehingga medidih masukkan ubi kentang rebus sehingga empuk.
setelah itu biarkan sejuk dan siat kulit kentang dan potong kepada 8 bahagian.
Ambil tapis (penapis air) letakkan manggkuk dibawahnya. Masukkan  kentang didalammya dan lenyekkan menggunakan senduk. (dengan cara ini ubi kentang menjadi lebih halus teksturnya.)
Panaskan kuali bersama olive oil, masukkan bawang puting goreng hingga kekuningan kemudian masukkan butter, heavy cream dan ubi kentang. kacau sebati letakkan garam dan daun parsley.



Coleslaw


Assalammualaikum.. harini i nak share resepi coleslaw yang sedap..

Bahan-bahan
¼  Kubis saiz sederhana yang di hiris halus
½  Lobak merah yang dihiris halus atau disagat
½ Cawan mayonnaise
2 Sudu besar apple cider vinegar
½ biji telur rebus yang dicincang halus
½ Sudu kecil olive oil
Sedikit garam



Cara-cara
Masukkan kesemua bahan dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama ayam panggang.


Five Spice Roasted Chicken With Chicken Rice

assalammualaikum...masak pe? lepas i cuba resepi ayam panggang cajun dan ayam panggang rosemary dr kak nor i trus addicted nk memanggang lg hehe..
Kali ni i buat Five Spice Roasted Chicken yang dimakan bersama nasi ayam. Taksangka plak hubby suke siap tanya "masak bape keping?"  Ermm mcm tak cukup je kan bunyinya nk kena buat lg la tu.. hihi..

Resepi ni i share tuk kawan2 yg duk bertanyakan resepinya di facebook.. bukan i tak mo update kt facebook tp panjang naa..




Bahan-Bahan
2 keping ayam (saiz 1 ekor ayam yg dipotong 6 bahagian)
Bahan Perap
1 inci halia ditumbuk halus
3 ulas bwg putih ditumbuk halus
2 sudu besar perahan jus lemon
 ½  Sudu besar minyak Canola (i used sunflower seed oil sbb mls ke kedai)
½ sudu besar minyak bijan ( i xguna sbb xde so i gandakan  sunflower seed oil menjadi 1 sudu)
1½  sudu besar madu
2 sudu besar kicap pekat ( i guna kicap mee cap tamin)
1 sudu besar  dry sherry (wine) -(gila mungkin i nak guna wine hehe..  i ganti dgn white grape sparkling juice kalo xpun u all bole guna cuka beras (rice vinegar)  or orange juice or pineapple juice)
1 sudu besar  5 spice powder (bole beli di supermarket atau u bole buat sendiri)


Bahan Sos
*(tak perlu buat jika ingin mkn begitu sahaja- i buat sbb i mkn dgn nasi ayam)
1/2 Cwn  kicap cair
1/4 Cwn dry sherry (wine) -( i ganti dgn white grape sparkling juice kalo xpun u all bole guna cuka beras (rice vinegar)  or orange juice or pineapple juice)
1 sudu besar minyak bijan ( 1 guna  sunflower oil)
1 sudu bear perahan Jus Lemon)
1/2  inci halia ditumbuk halus
3 ulas bwg putih ditumbuk halus
Daun Bawang yg dipotong halus (optional) 


Bahan untuk nasi ayam
1 pot beras basmathi  yg dicuci bersih (i guna beras biasa je)
1½ cwn  air rebusan ayam
Sedikit garam
1 helai daun pandan
1 ulas bwg putih xplu buang kulit yang dibasuh bersih dan ditumbuk pecah
½  inci halia ditumbuk pecah
1 biji bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
½ inci kulit kayu manis
1 sudu butter



Cara-cara
       1.            Campurkan kesemua bahan-bahan perap kedalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
       2.            Kemudian Lumurkan campuran tersebut pada ayam , taburkan secubit five spice powder ke atas ayam dan simpan dalam plastic zip or bekas bertutup  dan biarkan  didalam peti sejuk selama 1 jam.
       3.            Panaskan oven 180c – 200c masukkan ayam dalam tray yang dilapis dgn aluminium foil dan bakar selama 35-45minit or hingga masak( i bakar 35 min je sbb oven i panas lgpun i tak suka kalo ayam tu terlalu kering)
       4.            Sementara itu   bole la sediakan sos. Campurkan kesemua bahan sos kedalam periuk dan masak sehingga mendidih dan tutup api
       5.            Untuk nasi : panaskan periuk  bersama butter dan tumis kesemua bahan sehingga naik bau masukkan beras dan air. Masak seperti biasa








Bagaimana menyediakan Chinese Five spice


Entry kali nie i xmo cite panjang2. i cuma nk ajar u all sediakan chinese five spice...
Bahan-bahan untuk Chinese Five Spice Powder:
1/2 sudu kecil bunga cengkih
1 sudu kecil  serbuk kayu manis
1 sudu  besar jintan putih
kira-kira 8 bunga lawang
2 sudu besar lada Szechuan 

Cara Penyediaan: 
Goreng kesemua bahan kecuali serbuk kayu manis didalam kuali tanpa minyak dengan api yg kecil sehingga kekuningan hati2 jangan sampai hangus.
Kemudian Blender kering kesemua bahan td dan campurkan dengan serbuk kayu manis.
Dah siap...
 Senag kan?? Kalo u nak lagi senang u bole beli jeyang da siap kt giant or tesco.


pic nie i ambil dr google