Actually lepas kenduri kawin anak jiran depan umah...i kena balik kg petang tu sebab esoknya anak kak ngah i yg 2nd engage. Hubby i tak ikut balik coz dia standby.. keje le kiranya tu wpun keja dr umah kan. Oleh kerana i kesian kt dia dan sbg tanda terima kasih sbb dia benarkan i balik kg..i buatkan puding roti untuk hubby...hehe...kipas jgn tak kipas...
Bukan ape sambil2 dia wat keja and reply email tu bole le dia makan2 tul tak? huhu... So pagi2 lg i da prepare semua bahan2 tuk buat puding roti...Resepi asal i ambil dr blog Hana's Family.
Bahan-bahan Puding Roti
Bahan A
8-9 keping roti
* 500 ml susu segar
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter - cairkan
2 sudu besar kismis
2 sudu besar dark chocolate chips
2 sudu besar white chocolate chips
2 sudu besar oat
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung jagung
Bahan B
1 sudu besar kismis
1 sudu besar Cranberries kering (I letak sebab nak habiskan saki-baki yang ade dlm peti sejuk)
1 sudu besar dark chocolate chips
1 sudu besar white chocolate chips
1 sudu besar almond cincang
Untuk Sos Kastard
1/2 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
1 1/2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
Cara-cara
Satukan bahan-bahan yang bertanda * kedalam mangkuk kacau
sebati. Kemudian koyak-koyakkan roti dan
masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan roti terendam seketika agar bahan-bahan
td meresap pada roti.
Masukkan kismis, chocolate chips dan butter cair ke dalam
mangkuk td. Gaul sebati semua bahan A
tersebut dengan spatula. Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit
butter. Setelah itu taburkan bahan B
diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit (Ikut la oven
masing-masing ye, i bakar pada suhu 150 C sbb 180 C nt hangus)
Sementara menunggu puding masak bole la sediakan sos kastad.
Mudah je campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Kepekatan
sos kastad ni terserah pada selera
masing2. Owh lupa plak.. dalam resepi Hana dia guna 1 tin susu tp i cuma guna
separuh sbb mcm banyak je..hehe..tp kalo ade yg suka bole la buat satu tin.
Sekadar mengingatkan: kepada yang menggunakan periuk vision
or arcopal gunakan api yg kecil dan
sentiasa la kacau ye.. nt takut hangus n berkerak plak dasar periuk tu hehe.. periuk jenis tu cepat
meruap.
Bila puding da masak biarkan sejuk kemudian simpan seketika dalam peti sejuk baru sedap dia makan..
Selamat mencuba!!!!




assalamualaikum.... wahh nampak lagi sedap.. terliur sudaaaaa
ReplyDeletewsalam.. haha..k.hana...resepi asal kak hana yg buat puding ni sedap i cuma tokok tambah..je..hehehe...
ReplyDelete